Ramai yang sedia maklum bahawa mentor boleh dikatakan sebagai orang yang menJadi sumber isnpirasi. Mentor juga dilihat mempunyai peranan yang agak besar dalam perniagaan. Sedar ataupun tidak sedar, ramai diantara peniagaan yang berjaya dan mampu bertahan sehingga hari ini adalah perniagaan yang mempunyai mentornya sendiri. Mungkin permulaan kata ini agak janggal buat pembaca. Saya akan mengupas APAKAH MENTOR satu persatu berdasarkan turutan di bawah.
1. Mentor dalam bentuk perniagaan
- Dalam konteks ini, kita akan mencari mentor dalam bentuk perniagaan, dalam kata lain ia bermaksud perniagaan yang berjaya. Sebagai contoh, Alif dalam usaha memajukan perniagaan kedai runcit yang baru diusahakan. Dengan pengalaman yang amat sedikit, Alif susuh untuk memajukan perniagaannya. Alif kemudiannya, memerhati pasar mini yang telah lama bertapak di pekan berdekatan kedai runcit yang diusahakannya. Dia mengkaji cara layanan kepada pelanggan, cara mengemas kedai dan pelbagai lagi. Denga hasil permerhatian tersebut, Alif gunakannya untuk kedai runcit yang diusahakannya di pekan tersebut.
Bagaimana, anda dalamgambaran contoh mentor dalam bentuk perniagaan ini. Selalunya, mentee dalam konteks perniagaan ini akan meniru semua aksi ataupun tingkah laku mentornya.
2. Mentor dalam bentuk ahli perniagaan
- Dalam aspek ini pula, mentor adalah seorang yang berjaya dalam perniagaan. Ini bermaksud, kita akan meniru cara kerja dan juga cara meluaskan perniagaan dengan mengkaji cara kerja tokoh perniagaan yang berjaya yang lain. Contoh yang boleh dilihat adalah sama seperti mana yang telah diterangkan di atas.
Jelas bukan, ini yang dimaksud mentor dalam perniagaan.Jadi bagi yang sudah berniaga dan berminat untuk meluaskan perniagaan, cari mentor anda...Bagi yang baru berjinak dalam perniagaan, cari mentor anda juga..
Itu sahaja yang boleh saya kongsikan malam ini. Tunggu catitan blog saya seterusnyaa.
Jangan lupa komen dan beriklan disini ya !!
No comments:
Post a Comment